Photobucket

Thursday, November 22, 2012

Brigade al-Qassam hidup & matinya hanya kerana ALLAH!!


salam alaik.. entry kali ini nana nak share something berkenaan dengan Brigade al-Qassam yang dimiliki oleh sebuah gerakan Islam iaitu HAMAS..



kekuatan dan kemenangan Islam bukan hanya pada kecanggihan senjata, tetapi kerana hubungan mereka dengan Allah yang terlalu erat. Ahli tentea HAMAS (Brigade al-Qassam) semuanya direkrut berdasarkan ketinggian ibadat &taqwa mereka kepada Allah. menarik bukan!!? kaedah ini seperti zaman rasulullah & sahabat-sahabat terdahulu..^^


Menjadi anggota Hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :


  • Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
  • Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa: selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
  • Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
  • Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  • Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
  • Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
  • Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
  • Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
  • Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  • Melazimi zikir harian.
  • Melazimi olahraga atau beriadhah.
  • Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.



secara kesimpulannya, dengan syarat-syarat diatas sahaja telah mampu membuatkan gerakan HAMAS masih bergerak malah amat digeruni oleh zionist laknatullah!! walaupun pada mulanya gerakan ini hanya memiliki ahli yang sedikit bilangannya!! ^^

sama-sama kita ambil ibrah!!
~wallahua'alam~

No comments:

Post a Comment