Photobucket

Thursday, November 22, 2012

Brigade al-Qassam hidup & matinya hanya kerana ALLAH!!


salam alaik.. entry kali ini nana nak share something berkenaan dengan Brigade al-Qassam yang dimiliki oleh sebuah gerakan Islam iaitu HAMAS..



kekuatan dan kemenangan Islam bukan hanya pada kecanggihan senjata, tetapi kerana hubungan mereka dengan Allah yang terlalu erat. Ahli tentea HAMAS (Brigade al-Qassam) semuanya direkrut berdasarkan ketinggian ibadat &taqwa mereka kepada Allah. menarik bukan!!? kaedah ini seperti zaman rasulullah & sahabat-sahabat terdahulu..^^


Menjadi anggota Hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :


  • Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
  • Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa: selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
  • Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
  • Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  • Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
  • Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
  • Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
  • Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
  • Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  • Melazimi zikir harian.
  • Melazimi olahraga atau beriadhah.
  • Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.



secara kesimpulannya, dengan syarat-syarat diatas sahaja telah mampu membuatkan gerakan HAMAS masih bergerak malah amat digeruni oleh zionist laknatullah!! walaupun pada mulanya gerakan ini hanya memiliki ahli yang sedikit bilangannya!! ^^

sama-sama kita ambil ibrah!!
~wallahua'alam~

Sunday, November 18, 2012

happy wedding to u alls!!

salam semua!! ^^ hari ini majlis perkahwinan saudara kiter... 3 pasangan skaligus!! ngeh3.. sweet gler!!
3 putera anak tokcik kiter bersanding bersama pasangan masing-masing.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu~ ^^

congratulations!!

* jumpe plak dgn si kecik ney.. x keruan aq d buat nye!! (adam) ^^ *

~wallahua'alam~


::pusing-pusing indon::

  salam alaik sume ^^ entry kali ini nak share something.. share pengalaman ketika di sumatera barat indonesia.. ngeh3.. kata orang, macam-macam ada.. heheh.. B-) 1 week nana ponteng kelas.. :-D ish3, dont try this at anywhere!! heheheh.. trip bermula hari senin & berakhir hari jumaat... lama kan?? ngeh3.. antara tempat yang di lawati adalah Dumai, Pekan Baru, & Bukit Tinggi..(actually these are not a big town likes jakarta) banyak iktibar yang nana dapat sepanjang bercuti di sana^^ one of them : i want to be a one of thankful person!! (broken manglish) ngeh3.. sebab ape?? penduduk di sana tidak lah sesenang seperti kita di malaysia sekarang.. huhuhuhu.. beberapa budaya mereka di sana yang stakat nana dapat kenalpasti adalah^^ :

* anak-anak kecil di suruh meminta sedekah di jalanan *

* sepanjang jalan pasti ada gerai-gerai kecil menjual makanan termasuk jalan-jalan di kawasan hutan *

* gemar main hon & signal *

* hon: setiap kali ingin memotong kereta di hadapan & signal: bagi hint untuk kereta di belakang supaya jangan memotong kerana ada kereta di bahagian lorong bertentangan *

* jalan  raya teruk ya amat sebab semua jalan jadi laluan lori besor-besor *

* barangan & kenderaan mereka semua sama seperti di malaysia cume nama jenama lain. cth: kereta unser-kereta kijang ^^ *

* semua penunggang motosikal pakai topi keledar yang jenis rm300-400 malaysia (helmet mahal yang tutup muka)*

* berdisiplin sewaktu ingin mengisi minyak (beratur panjang termasuk motosikal) *

* setiap kali ada roadblog, pasti driver akan hulur tangan dekat pak polisi tuh (pehe2 je lah yek)^^ *

* barang elektrik mereka semua menggunakan 2 mata plug (puas cari hotel yang ada 3 plug.. nak cas enset susa..sob3..) *

<< pics yang sempat diambil >>

* ketika ingin berangkat (dlm feri) *


* kami dah sampai! *

* transport yg kami naiki *

* super (driver) kami!(pak irfan) *



* majoriti binaan berunsurkan minagkabau kerana 90% drpd mrk adalah org minang *


 * bukan sahaja di daratan, ada juga yg bina rumah atas parit! *


 * majlis perkahwinan di sana meriah dgn papan tanda besor tuh^^ *

* anak-anak kecil ke sekolah dgn berjilbab * 

 * helmet mereka meriah penuh dengan sticker *

 * gerai-gerai kecil di sepanjang perjalanan *

* stesen minyak (pertamina) *

 * kereta kuda bersepah *




* menginap di lima's hotel *


* playground di sana *

* bukittinggi *


* terowong jepang *






* danau singkarak *


* lembah anai *


* pagar ruyung *


* jam gadang *

* pulang yuk! *

moga-moga destinasi ini memberi 1001 iktibar! ^^

.. wallahua'alam ..