Photobucket

Wednesday, January 23, 2013

** EMAK SENTIASA BINTANG DI HATI ALONG **

Lepas subuh sambung tidur... Qada' katakan... sampai matahari naik meninggi...

Facebook memanjang... Target khatamkan movie/runningman..

Sambil2 tunggu makan breakfast/lunch/sudah siap atau belum di atas meja dapur...

Baju2 kotor bertambah2 dlm bakul... Dibiarkan sampai ada yang mengambil...

Boleh jadi hati seorang Ibu mengeluh kecil: "Abang/Kakak/Adik balik pun, rasa sama je.... Xde rasa beza..."

Ia mungkin sekadar bicara hati, namun raut wajah suram jelas menafsir...

Ya! Memang ibu bapa kita gembira melihat anak2 mereka pulang. Mengharapkan anak2 dpt mengisi kekosongan hati dan mengurangkan penat sedikit...

Namun, harapan itu sia-sia shj sekiranya kita buat perkara2 di atas bukan pd tempatnya.. Target nak berehat sepenuhnya time cuti ni dgn alasan kita terlalu busy di kampus, NGO/ persatuan lain!

Kita masih boleh berehat, tp jgn sampai meninggalkan kerja2 basic sebenarnya... Kerja yg nampak remeh, tp amat bernilai di mata ibu bapa...

Tidak kisah muslimat or muslimin... Kedua-duanya sama2 memegang status seorang ANAK...

Mungkin sebelum ni, kita seperti situasi di atas. Tp, ayuh berubah! Try bantu wat kerja2 rumah/ perkara2 disuruh parent... Buat minum ptg pun kdg2 sudah boleh menghiburkan hati mereka...

Hari cuti yg x berprogrm, sy mengaku buat perkara di atas time 1st year sampai ibu ckp..."Adik ni time2 cuti pun ada program, lbh baik x payah blk..."

Ibu x rasa kehadiran saya pd hr yg berbaki... Tu yang kadang2 boleh jadi, kita susah nak dibenarkan keluar... Dan akhirnya sy try cari solution....

So, nak buatkan parents kita nampak kualiti kita di rumah, try buat sesuatu yg x pernah/jarang kita buat.. Or buat sesuatu yg adik-beradik kita x pandai buat supaya nmpak competitive advantage di situ...

Nak lbh berkesan inshaAllah, ajaklah solat berjemaah sekali dgn ibu kita... InshaAllah lg tersentuh ibu melihatnya... Yg lelaki, solat masjid la yer....

"Kuantiti masa yg sedikit tp sgt2 berkualiti lbh bermakna drpd kuantiti masa yg byk namun dibiarkan sepi...."

~peringatan bersama memperbaiki diri~

copy paste... muhasabah bersama ^_^


Lirik Lagu Bagaikan Langit Memeluk Bintang 

-Affan Aizat (OST Bintang Hati Umi) 






Bagaikan Langit Memeluk Bintang
Senyuman yang terukir
Di raut wajahmu
Bukanlah cermin sanubarimu

Ketabahan hatimu
Cekal semangatmu
Sembunyikan segala kesedihanmu

c/o
Telah diulang kali
Hatimu ku lukai
Kasih sayangmu tetap kan mengatasi

Biar terus menitis
Air mata ke pipi
*
Sinar kasihmu tetap memimpinku pulang

- Bridge
Kini ku terasa
Betapaku berdosa
Biarkanmu terus terluka...

Ulang c/o hingga *, **

**
Ku rindu senyumanmu
Ku rindu pelukanmu
Kehangatannya mendamaikanku
Kasihmu Ibu
Bagaikan langit memeluk bintang

semalam tgok tv9.. citer mlayu 'bintang di hati ummi' i like!! bgus la cerita tu.. lumrah kehidupan.. pasti ada yg msih bersifat seperti itu.. nauzubillah, moga2 kte sbgi anak, x tergolong dlm kalangan anak-anak yg derhaka.. malah menjadi anak yg soleh serta menjadi contoh pada adik-adik.. wow! tibe-tibe terasa berat sgt2 tanggungjawab seorang anak sulong.. ngee~~

this song especially for my mom, syakila bte yaani.. ^_^ ohh.. luv u mummy !!

restoran minang (bukit tinggi, indon)

Thursday, November 22, 2012

Brigade al-Qassam hidup & matinya hanya kerana ALLAH!!


salam alaik.. entry kali ini nana nak share something berkenaan dengan Brigade al-Qassam yang dimiliki oleh sebuah gerakan Islam iaitu HAMAS..



kekuatan dan kemenangan Islam bukan hanya pada kecanggihan senjata, tetapi kerana hubungan mereka dengan Allah yang terlalu erat. Ahli tentea HAMAS (Brigade al-Qassam) semuanya direkrut berdasarkan ketinggian ibadat &taqwa mereka kepada Allah. menarik bukan!!? kaedah ini seperti zaman rasulullah & sahabat-sahabat terdahulu..^^


Menjadi anggota Hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :


  • Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
  • Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa: selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
  • Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
  • Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
  • Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
  • Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
  • Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
  • Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
  • Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
  • Melazimi zikir harian.
  • Melazimi olahraga atau beriadhah.
  • Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.



secara kesimpulannya, dengan syarat-syarat diatas sahaja telah mampu membuatkan gerakan HAMAS masih bergerak malah amat digeruni oleh zionist laknatullah!! walaupun pada mulanya gerakan ini hanya memiliki ahli yang sedikit bilangannya!! ^^

sama-sama kita ambil ibrah!!
~wallahua'alam~

Sunday, November 18, 2012

happy wedding to u alls!!

salam semua!! ^^ hari ini majlis perkahwinan saudara kiter... 3 pasangan skaligus!! ngeh3.. sweet gler!!
3 putera anak tokcik kiter bersanding bersama pasangan masing-masing.. semoga berbahagia hingga ke anak cucu~ ^^

congratulations!!

* jumpe plak dgn si kecik ney.. x keruan aq d buat nye!! (adam) ^^ *

~wallahua'alam~


::pusing-pusing indon::

  salam alaik sume ^^ entry kali ini nak share something.. share pengalaman ketika di sumatera barat indonesia.. ngeh3.. kata orang, macam-macam ada.. heheh.. B-) 1 week nana ponteng kelas.. :-D ish3, dont try this at anywhere!! heheheh.. trip bermula hari senin & berakhir hari jumaat... lama kan?? ngeh3.. antara tempat yang di lawati adalah Dumai, Pekan Baru, & Bukit Tinggi..(actually these are not a big town likes jakarta) banyak iktibar yang nana dapat sepanjang bercuti di sana^^ one of them : i want to be a one of thankful person!! (broken manglish) ngeh3.. sebab ape?? penduduk di sana tidak lah sesenang seperti kita di malaysia sekarang.. huhuhuhu.. beberapa budaya mereka di sana yang stakat nana dapat kenalpasti adalah^^ :

* anak-anak kecil di suruh meminta sedekah di jalanan *

* sepanjang jalan pasti ada gerai-gerai kecil menjual makanan termasuk jalan-jalan di kawasan hutan *

* gemar main hon & signal *

* hon: setiap kali ingin memotong kereta di hadapan & signal: bagi hint untuk kereta di belakang supaya jangan memotong kerana ada kereta di bahagian lorong bertentangan *

* jalan  raya teruk ya amat sebab semua jalan jadi laluan lori besor-besor *

* barangan & kenderaan mereka semua sama seperti di malaysia cume nama jenama lain. cth: kereta unser-kereta kijang ^^ *

* semua penunggang motosikal pakai topi keledar yang jenis rm300-400 malaysia (helmet mahal yang tutup muka)*

* berdisiplin sewaktu ingin mengisi minyak (beratur panjang termasuk motosikal) *

* setiap kali ada roadblog, pasti driver akan hulur tangan dekat pak polisi tuh (pehe2 je lah yek)^^ *

* barang elektrik mereka semua menggunakan 2 mata plug (puas cari hotel yang ada 3 plug.. nak cas enset susa..sob3..) *

<< pics yang sempat diambil >>

* ketika ingin berangkat (dlm feri) *


* kami dah sampai! *

* transport yg kami naiki *

* super (driver) kami!(pak irfan) *



* majoriti binaan berunsurkan minagkabau kerana 90% drpd mrk adalah org minang *


 * bukan sahaja di daratan, ada juga yg bina rumah atas parit! *


 * majlis perkahwinan di sana meriah dgn papan tanda besor tuh^^ *

* anak-anak kecil ke sekolah dgn berjilbab * 

 * helmet mereka meriah penuh dengan sticker *

 * gerai-gerai kecil di sepanjang perjalanan *

* stesen minyak (pertamina) *

 * kereta kuda bersepah *




* menginap di lima's hotel *


* playground di sana *

* bukittinggi *


* terowong jepang *






* danau singkarak *


* lembah anai *


* pagar ruyung *


* jam gadang *

* pulang yuk! *

moga-moga destinasi ini memberi 1001 iktibar! ^^

.. wallahua'alam ..