Photobucket

Tuesday, March 1, 2011

lagu air mataQu ..huhu..


Lagu ini mengingatkan ana peristiwa pada 27 Februari 2011, sebuah tragedi telah berlaku kepada seorang insan yang cukup bermakna dalam hidupku. Sebuah musibah telah menimpa dirinya.. ana sebagai teman tidak mampu untuk melakukan apa-apa melainkan hanya mampu berdoa supaya dia cepat sembuh. Pada pukul 9.27 p.m, ana telah dikejutkan sebuah berita daripada seorang rakannya bahawa dia telah kemalangan jalan raya. Ana hanya mampu menitiskan airmata dan terus berdoa agar dia tidak menghadapi kecederaan yang kronik. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya kaki kanannya sahaja yang retak sedikit. Kubesyukur kepadaMu tuhan kerana telah menyelamatkan insan istimewa ini~~ (^_^)Y

Password Doa kita ape ye??


Allah swt telah menjanjikan barangsiapa yang berdoa kepadaNya pasti diperkenaan. Ini selaras dengan firman Allah yang maksudnya "Serulah kepadaKu nescaya Aku perkenankan".

Semalam ana tengok rancangan HALAQAH dekat tv9. sronok bila dengar ustaz tu ceramah pasal “password doa”. Ana sungguh tertarik dengan setiap pengisian yang beliau sampaikan. Ianya cukup bermanfaat untuk kita semua. Salah satu yang ana nak kongsi dekat sini ialah sedikit sebanyak tentang pengisian beliau. Sebenarnya, password doa kita ialah, 
[Y 2 K + ADAB-ADAB] mesti kalian tertanya-tanyakan apakah itu? Secara ringkasnya, ia bermaksud:

1-      YAKIN Allah akan memakbulkan doa kita.
2-     KHUSYUK dalam berdoa serta faham makna doa-doa tersebut.
3-     ADAB-ADAB BERDOA:
·        Betul-betul dalam keadaan berharap.
·        Suara tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
·        Menghadap kiblat.
·        Dalam keadaan berwudhu.
·        Selawat ke atas rasulullah s.a.w di permulaan dan penutup doa.
 
Sebaik-baik doa adalah doa daripada Al-Quran dan hadis-hadis nabi. Salah satu contoh doa yang terbaik dari Al-Quran ialah:

Surah Ibrahim ayat 40:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Ana juga pernah terbaca kisah Nabi Zakaria yang pada mulanya tidak mempunyai anak kerana isterinya mandul. Kemudian Nabi Zakaria memohon kepada Allah supaya menganugerahkan zuriat. Setelah 100 tahun lebih, barulah Allah memakbulkan doanya dengan menjanjikan kelahiran seorang putera yang bernama Yahya.

Kesimpulannya, jangan jemu berdoa sungguhpun doa kita tidak dimakbulkan. Sebaliknya, bersangka baiklah kepada Dia kerana Dialah Maha memperkenankan doa hamba-hambaNya. Ingatlah, mungkin kita soleh hari ini disebabkan doa atok dan nenek moyang kita yang terdahulu.. Wallahua'alam..  ^_^