Photobucket

Monday, September 5, 2011

celoteh nana ^^

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah..
esok nana akan berangkat ke usim.. moga-moga segalanya dipermudahkan.. setelah berbulan-bulan nana menghabiskan masa dirumah bersama keluarga, terasa sayu pula untuk meninggalkan keluarga tercinta.. tapi apakan daya, perjuangan perlu diteruskan.. walaupun dekat, tetap terasa bahang kerinduan gurauan adik-adik.. bebelan emak.. kebengisan ayah.. semua memberi kenangan manis.. cehwah! macam lh nk p oversea.. haha.. apabila sudah bergelar mahasiswi, sikap pun perlu lah diubah.. become mactured! haha.. thanks mak, abah! tanpa doa mak abah, along tidak akan  sampai ke tahap ini.. i luv u all so much!! buat adik-adik.. along tegur, marah-marah bukan untuk suka-suka.. tapi sekadar ingatan bersama.. amboi, along dah masuk kampus ney, suke la korang ek! huh! anyway.. angah, alang, ateh, adik.. along tetap sayang korang sume.. wawawawaa... rse nk nangis la pla~ huk3. :'(


for my future, nana ingin kejar cita-cita.. gapai segala ilmu yang ada.. semua ilmu dalam dunia ini milik ALLAH! so, start from now.. belajar sungguh-sungguh kerana ALLAH.. don't play-play anymore!! hehe.. hijrah itu perlu untuk masa depan.. akhir kalam, semoga nana terus sukses dan cekal dalam meniti mehnah-mehnah mendatang..


Ibnu Sina, ilmuwan Muslim:
"Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas."

"Ya Allah, berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala perkara, aku memohon perlindunganMu daripada keadaan ahli neraka."

(Riwayat at-Tirmizi)

wallahua'alam..