Photobucket

Thursday, August 4, 2011

kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa."
(al-Baqarah: 183)

ayat quran diatas menunjukkan wajib kita berpuasa dibulan ramadan kerana berpuasa itu termasuk dalam rukun islam kita yang ketiga. perlu diingat, sambil kita berpuasa, sambil itu kita menjaga akhlak dalam berpuasa. barulah terasa kenikmatan kita berlapar dan dahaga tanpa sia-sia.

actually,during ramadan we have to keep our manners! between the rules we must follow during ramadan are:

# jaga lidah dan percakapan daripada berdusta
# pelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang sia-sia
# mengawal perut daripada makan  makanan yang haram dan syubhah
# menjaga seluruh anggota badan daripada melakukan maksiat
# jangan perbanyakkan tidur di siang hari
# bersederhana ketika berbuka puasa
# tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi bahkan sibuk memperbanyakkan amal ibadah
# mengamalkan sunnah nabi seperti mempercepatkan berbuka dan melambatkan sahur
# menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa
# memenuhi amalan sunat di malam hari
# memperbanyakkan zikir dan membaca al-quran
# sabar dalam berlapar dan dahaga

moga-moga kita istiqomah dalam melakukan perkara-perkara di atas!


"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. tidak boleh seorangpun masuk kecuali mereka. kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang-orang yang berpuasa? lalu mereka berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
(Bukhari-Muslim)

~wallahua'alam~

Wednesday, August 3, 2011

jaga adab dalam bersahur


"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda : hendaklah kamu bersahur kerana dalam bersahur itu ada keberkatannya" (Bukhari-Muslim)

hadis diatas ada menyebut berkenaan dengan keberkatan dalam bersahur. subhanallah, rugilah bagi sesiapa yang tidak merebut peluang sebegini kerana bersahur itu juga sunnah nabi. tiba-tiba ana teringat suatu cerita yang secara tidak langsung boleh bagi pengajaran kepada kita semua. sebuah keluarga bahagia sedang bersiap-siap untuk menyediakan juadah bersahur. masing-masing sibuk memanaskan lauk pauk yang terlalu banyak. semuanya lauk lebihan berbuka. setelah itu,terhidanglah berbagai jenis lauk pauk di atas meja. sedang membaca doa makan, tiba-tiba azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat subuh. masing-masing terkedu kerana tidak sempat menjamah walaupun sesuap nasi. salah seorang anak mereka pun berkata: "aik, iman baru nak  sahur..dah kene bukak pose..". dengan serta merta semuanya tergelak mendengar celoteh tersebut..hehehe. antara the moral story yang kita boleh dapat dalam cerita pendek ini adalah medium eat in sahur.. supaya kita dapat mengekalkan keberkatan dalam bersahur itu sendiri. biarlah sedikit daripada banyak yang melalaikan kita..
Sabda Rasulullah s.a.w: "makanan sahur semuanya bernilai berkat, maka jangan kalian tinggalkan sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur." (hadis riwayat Ahmad)


sesudah bersahur, janganlah pula kita merapatkan kelopak mata..apalah salahnya kita membuat ibadah sunat sementara menunggu waktu solat.. apatah lagi di bulan ramadhan sebegini. melimpah limpah ganjaran pahala yang ditawarkan. dengan berpuasa itu sendiri boleh menghindarkan kita dari api neraka..

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun." (Bukhari-Muslim)

subhanallah... oleh itu, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi ramadan al-mubarak ini dengan ibadah yang tidak putus-putus agar ramadan kali ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya!! haja-haja fighting!!(berusaha) 
hehehe..

**wallahua'alam**