Photobucket

Saturday, February 26, 2011

- Kuyakin Berlaku -




Lirik Lagu Ku Yakin Berlaku

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini



* syok gle lgu ney.. aq ske sgt2!  (^_-)

Friday, February 25, 2011

apa kaitan sejadah dgn saf??? adoyai.


Sajadah yang membentuk kotak-kotak. Seolah-olah satu kotak untuk satu orang. Padahal ukuran 2 kotak sajadah itu muat untuk 3 orang. Jadi boleh dibayangkan akibatnya jika satu kotak masing-masing dari jama’ah hanya mau menepati satu kotak, bukan 2 kotak untuk 3 orang.
Akibatnya, banyak celah-celah yang renggang atau tidak rapat antara barisan/saf tersebut.
Padahal Rasulullah pernah bersabda’ :

Rasulullah bersabda:
أَقِيْمُوْا الصُّفُوْفَ وَ حَاذُوْا بَيْنَ المَنَاكِبِ وَ سُدُّوْا الخَلَلَ ولِيْنُوْا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلاَتَذَرُوْا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ, وَ مَنْ وَصَّلَ صَفًّا وَصَّلَهُ الله وَ مَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ الله
“Luruskanlah shaf-shaf kalian, jadikanlah sejajar diantara bahu-bahu kalian, tutuplah celah yang kosong, bersikap lunaklah terhadap tangan saudara-saudara kalian dan jangan kalian meninggalkan sedikitpun celah-celah bagi syaithan. Barang siapa yang menyambung shaf maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan shaf maka Allah akan memutuskannya.” (HR Abu Dawud no.666 dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani)
Rasulullah bersabda:
سَوُّوا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوْفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ
“Luruskan shaf-shaf kalian, karena meluruskan shaf termasuk bagian dari mendirikan shalat.” (H.R Al Bukhari)
Mudah sahaja membetulkan saf. Buku lali kita selari (sebaris) dengan jemaah disebelah kita. Bahu bertemu bahu, kaki menyentuh kaki. (lelaki) Seperti dalam gambar di bawah.


Saya berpendapat ramai dalam kalangan kita tiak cukup ilmu berkenaan dengan solat. Sebab itu hal yang mudah seperti merapat dan meluruskan saf pun sukar hendak dilaksanakan. Tambah buruk apabila ada pakcik atau makcik yang berdegil dan tunjuk pandai tidak mahu betulkan saf. Dimarah pula kepada yang menegur mereka...Astaghfirullah...

Tambah sedih apabila solat dilakukan selepas ceramah disampaikan oleh penceramah. Topik ceramah sangat hebat, berkenaan kesatuan umat Islam! Penceramah menerangkan perlunya umat Islam bangkit dan bersatu padu menentang musuh Islam. Cukup Hebat! Tapi bagaimana umat Islam mahu bersatu hati. Saf dalam solat berjemaah pun bengkok-bengkok dan renggang! Sungguh memalukan.


Apa yang seringkali saya lihat, sudahlah kaki tak rapat, bahu juga jauh tidak bersentuhan dengan orang disebelah. Malah ada ketikanya ruang kosong yang ditinggalkan muat diisi oleh seorang lagi jemaah!

"Ape hal nak rapat-rapat sangat ni??!!!" antara ayat yang pernah dilontarkan kepada seorang insan yang cuba merapatkan saf.

Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat juga melatih umat Islam supaya berdisiplin. Tapi adakah kualiti solat yang sebegini mampu menjadikan kita terhindar daripada kemungkaran?


Salah Siapa?
Kita tidak boleh serta merta menyalahkan yang membuat Sajadah. Walaupun secara tidak langsung mereka turut andil dalam pengkotak-kotakan saf solat tersebut. Yang harus dilakukan adalah semakin menyadarkan umat akan wajibnya merapatakan barisan shaf dalam sholat tanpa melihat lagi sajadah yang berkotak-kotak.
Memang agak berat, namun kita boleh memulainya dari diri kita, mengingatkan keluarga, kerabat, teman, lingkungan kerja dan sekitarnya. Bahkan jika kita berstatus sebagai da’i, maka kita wajib mengingatkan jama’ah kita akan wajibnya merapatkan saf dalam solat.Wallahu A’lam bis-sowab.

Wednesday, February 23, 2011

Nabi s.a.w baring atas riba isterinya ..


Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid.

-artikel iluvislam.com-