Photobucket

Thursday, August 4, 2011

kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa."
(al-Baqarah: 183)

ayat quran diatas menunjukkan wajib kita berpuasa dibulan ramadan kerana berpuasa itu termasuk dalam rukun islam kita yang ketiga. perlu diingat, sambil kita berpuasa, sambil itu kita menjaga akhlak dalam berpuasa. barulah terasa kenikmatan kita berlapar dan dahaga tanpa sia-sia.

actually,during ramadan we have to keep our manners! between the rules we must follow during ramadan are:

# jaga lidah dan percakapan daripada berdusta
# pelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang sia-sia
# mengawal perut daripada makan  makanan yang haram dan syubhah
# menjaga seluruh anggota badan daripada melakukan maksiat
# jangan perbanyakkan tidur di siang hari
# bersederhana ketika berbuka puasa
# tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi bahkan sibuk memperbanyakkan amal ibadah
# mengamalkan sunnah nabi seperti mempercepatkan berbuka dan melambatkan sahur
# menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa
# memenuhi amalan sunat di malam hari
# memperbanyakkan zikir dan membaca al-quran
# sabar dalam berlapar dan dahaga

moga-moga kita istiqomah dalam melakukan perkara-perkara di atas!


"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. tidak boleh seorangpun masuk kecuali mereka. kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang-orang yang berpuasa? lalu mereka berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
(Bukhari-Muslim)

~wallahua'alam~

No comments:

Post a Comment