Photobucket

Monday, January 3, 2011

.:setiap kamu adalah pendakwah:.



Perkataan dakwah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud seru, ajak, jemput dan undang. Orang yang menyebarkan dakwah pula dikenali sebagai pendakwah atau dalam bahasa arab dikenali sebagai da’i. Maka, jelas kepada kita bahawa Dakwah Islamiah bermaksud Seruan Islam.

Selain itu, tabligh juga sama erti dengan dakwah yang bermaksud ‘menyampaikan’. Satu hadis nabi ada juga menyebut “ Sampaikanlah kepadaku walau sepotong ayat.” Orang yang bertugas untuk menyampaikan disebut sebagai mubaligh. Tabligh lebih banyak dikaitkan dengan gerakan dakwah yang dikendalikan oleh golongan pendakwah dari India yang juga dikenali sebagai kumpulan Jemaah Tabligh. Mereka menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia yang biasanya dilakukan secara lisan dan tulisan.

Hanya satu tujuan dakwah Islamiah iaitu seruan kepada islam. Dakwah Islamiah juga ditujukan kepada dua kelompok besar iaitu:

  1. Kelompok orang-orang yang sudah beriman tetapi masih belum sempurna Islam dan imannya.
  2. Kelompok orang-orang yang bukan Islam agar mereka memeluk Islam dan beriman.

Oleh itu, umat Islam haruslah bangkit dalam menyebarkan dakwah Islam disamping menghadapi ancaman fitnah-fitnah dari musuh-musuh Islam. Umat Islam perlu banyak membaca dan mendalami ilmu agama. Akibat kekurangan ilmu agama Islam, umat Islam bersikap tertutup dan ini menyuburkan penyakit berperasangka buruk terhadap penganut agama lain. Ada sesetengah ulama Islam yang terlalu berhati-hati dan berprasangka buruk terhadap agama-agama lain terutamanya agama Kristian. Mereka menanam perasaan benci dan sering mengelak untuk berbincang atau berdebat secara sihat dengan tokoh-tokoh agama Kristian. Malah, pernah suatu ketika ada ulama yang mengeluarkan fatwa bahawa Al-Quran tidak boleh dicetak, mikrofon dan pembesar suara dilarang untuk digunakan semasa khutbah atau melaungkan azan. Alasannya disebabkan peralatan tersebut dicipta oleh masyarakat barat yang dianggap sebagai “syaitan”. Nauzubillah..

Lihatlah betapa ruginya jika seseorang memiliki sikap sebegini sedangkan Rasulullah sendiri memiliki sikap toleransi dan bersangka baik terhadap orang bukan Islam. Hal ini dilakukan demi menarik mereka memeluk agama Islam. Salah satu peristiwa yang menggambarkan sikap toleransi Baginda ialah:

Suatu perutusan suku Kristian dari Najran menghadap kepada Baginda saw di Madinah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam masalah keagamaan. Perbincangan itu diadakan di dalam masjid dan berjalan selama beberapa jam. Kemudian perutusan itu meminta izin meninggalkan masjid bagi mengadakan beberapa upacara kebaktian di suatu tempat yang tenang. Rasulullah bersabda bahawa mereka tidak perlu meninggalkan masjid yang memang merupakan tempat khusus untuk kebaktian kepada Tuhan dan mereka dapat melakukan ibadah mereka di dalam masjid.

Sikap keterbukaan Baginda saw yang telah mencairkan hati orang-orang kafir yang degil dan keras menjadi larut bersama Islam dan kecintaan Allah swt.

Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (Al-Hujurat:12)

Kesimpulannya, sebagai pendakwah kita perlulah bijak dalam mengaplikasikan method dakwah itu sebenar. Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah sifat sabar kerana selangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana di tinggalkan kerana Allah, daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah! Setiap titisan darah dari luka dan air mata itulah mahar kita ke syurga.. Bila ditanya, “kenapa berjuang itu pahit?” jawapannya, “kerana syurga itu manis..” Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan dijalanNya.. SALAM PERJUANGAN SAHABAT2!

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


              *beberapa rangkap lirik drpd lg ‘sunnah org berjuang’ (hijjaz)



No comments:

Post a Comment