Photobucket

Tuesday, March 1, 2011

lagu air mataQu ..huhu..


Lagu ini mengingatkan ana peristiwa pada 27 Februari 2011, sebuah tragedi telah berlaku kepada seorang insan yang cukup bermakna dalam hidupku. Sebuah musibah telah menimpa dirinya.. ana sebagai teman tidak mampu untuk melakukan apa-apa melainkan hanya mampu berdoa supaya dia cepat sembuh. Pada pukul 9.27 p.m, ana telah dikejutkan sebuah berita daripada seorang rakannya bahawa dia telah kemalangan jalan raya. Ana hanya mampu menitiskan airmata dan terus berdoa agar dia tidak menghadapi kecederaan yang kronik. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya kaki kanannya sahaja yang retak sedikit. Kubesyukur kepadaMu tuhan kerana telah menyelamatkan insan istimewa ini~~ (^_^)Y

Password Doa kita ape ye??


Allah swt telah menjanjikan barangsiapa yang berdoa kepadaNya pasti diperkenaan. Ini selaras dengan firman Allah yang maksudnya "Serulah kepadaKu nescaya Aku perkenankan".

Semalam ana tengok rancangan HALAQAH dekat tv9. sronok bila dengar ustaz tu ceramah pasal “password doa”. Ana sungguh tertarik dengan setiap pengisian yang beliau sampaikan. Ianya cukup bermanfaat untuk kita semua. Salah satu yang ana nak kongsi dekat sini ialah sedikit sebanyak tentang pengisian beliau. Sebenarnya, password doa kita ialah, 
[Y 2 K + ADAB-ADAB] mesti kalian tertanya-tanyakan apakah itu? Secara ringkasnya, ia bermaksud:

1-      YAKIN Allah akan memakbulkan doa kita.
2-     KHUSYUK dalam berdoa serta faham makna doa-doa tersebut.
3-     ADAB-ADAB BERDOA:
·        Betul-betul dalam keadaan berharap.
·        Suara tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
·        Menghadap kiblat.
·        Dalam keadaan berwudhu.
·        Selawat ke atas rasulullah s.a.w di permulaan dan penutup doa.
 
Sebaik-baik doa adalah doa daripada Al-Quran dan hadis-hadis nabi. Salah satu contoh doa yang terbaik dari Al-Quran ialah:

Surah Ibrahim ayat 40:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Ana juga pernah terbaca kisah Nabi Zakaria yang pada mulanya tidak mempunyai anak kerana isterinya mandul. Kemudian Nabi Zakaria memohon kepada Allah supaya menganugerahkan zuriat. Setelah 100 tahun lebih, barulah Allah memakbulkan doanya dengan menjanjikan kelahiran seorang putera yang bernama Yahya.

Kesimpulannya, jangan jemu berdoa sungguhpun doa kita tidak dimakbulkan. Sebaliknya, bersangka baiklah kepada Dia kerana Dialah Maha memperkenankan doa hamba-hambaNya. Ingatlah, mungkin kita soleh hari ini disebabkan doa atok dan nenek moyang kita yang terdahulu.. Wallahua'alam..  ^_^






Saturday, February 26, 2011

- Kuyakin Berlaku -




Lirik Lagu Ku Yakin Berlaku

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini



* syok gle lgu ney.. aq ske sgt2!  (^_-)

Friday, February 25, 2011

apa kaitan sejadah dgn saf??? adoyai.


Sajadah yang membentuk kotak-kotak. Seolah-olah satu kotak untuk satu orang. Padahal ukuran 2 kotak sajadah itu muat untuk 3 orang. Jadi boleh dibayangkan akibatnya jika satu kotak masing-masing dari jama’ah hanya mau menepati satu kotak, bukan 2 kotak untuk 3 orang.
Akibatnya, banyak celah-celah yang renggang atau tidak rapat antara barisan/saf tersebut.
Padahal Rasulullah pernah bersabda’ :

Rasulullah bersabda:
أَقِيْمُوْا الصُّفُوْفَ وَ حَاذُوْا بَيْنَ المَنَاكِبِ وَ سُدُّوْا الخَلَلَ ولِيْنُوْا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلاَتَذَرُوْا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ, وَ مَنْ وَصَّلَ صَفًّا وَصَّلَهُ الله وَ مَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ الله
“Luruskanlah shaf-shaf kalian, jadikanlah sejajar diantara bahu-bahu kalian, tutuplah celah yang kosong, bersikap lunaklah terhadap tangan saudara-saudara kalian dan jangan kalian meninggalkan sedikitpun celah-celah bagi syaithan. Barang siapa yang menyambung shaf maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan shaf maka Allah akan memutuskannya.” (HR Abu Dawud no.666 dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani)
Rasulullah bersabda:
سَوُّوا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوْفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ
“Luruskan shaf-shaf kalian, karena meluruskan shaf termasuk bagian dari mendirikan shalat.” (H.R Al Bukhari)
Mudah sahaja membetulkan saf. Buku lali kita selari (sebaris) dengan jemaah disebelah kita. Bahu bertemu bahu, kaki menyentuh kaki. (lelaki) Seperti dalam gambar di bawah.


Saya berpendapat ramai dalam kalangan kita tiak cukup ilmu berkenaan dengan solat. Sebab itu hal yang mudah seperti merapat dan meluruskan saf pun sukar hendak dilaksanakan. Tambah buruk apabila ada pakcik atau makcik yang berdegil dan tunjuk pandai tidak mahu betulkan saf. Dimarah pula kepada yang menegur mereka...Astaghfirullah...

Tambah sedih apabila solat dilakukan selepas ceramah disampaikan oleh penceramah. Topik ceramah sangat hebat, berkenaan kesatuan umat Islam! Penceramah menerangkan perlunya umat Islam bangkit dan bersatu padu menentang musuh Islam. Cukup Hebat! Tapi bagaimana umat Islam mahu bersatu hati. Saf dalam solat berjemaah pun bengkok-bengkok dan renggang! Sungguh memalukan.


Apa yang seringkali saya lihat, sudahlah kaki tak rapat, bahu juga jauh tidak bersentuhan dengan orang disebelah. Malah ada ketikanya ruang kosong yang ditinggalkan muat diisi oleh seorang lagi jemaah!

"Ape hal nak rapat-rapat sangat ni??!!!" antara ayat yang pernah dilontarkan kepada seorang insan yang cuba merapatkan saf.

Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat juga melatih umat Islam supaya berdisiplin. Tapi adakah kualiti solat yang sebegini mampu menjadikan kita terhindar daripada kemungkaran?


Salah Siapa?
Kita tidak boleh serta merta menyalahkan yang membuat Sajadah. Walaupun secara tidak langsung mereka turut andil dalam pengkotak-kotakan saf solat tersebut. Yang harus dilakukan adalah semakin menyadarkan umat akan wajibnya merapatakan barisan shaf dalam sholat tanpa melihat lagi sajadah yang berkotak-kotak.
Memang agak berat, namun kita boleh memulainya dari diri kita, mengingatkan keluarga, kerabat, teman, lingkungan kerja dan sekitarnya. Bahkan jika kita berstatus sebagai da’i, maka kita wajib mengingatkan jama’ah kita akan wajibnya merapatkan saf dalam solat.Wallahu A’lam bis-sowab.

Wednesday, February 23, 2011

Nabi s.a.w baring atas riba isterinya ..


Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid.

-artikel iluvislam.com-

Monday, January 3, 2011

HaHaHa ^_^

Soalan tok kadi ...



Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku
tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok
majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok
kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanya lagi, bagi
contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,
dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah"
suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul.. hehehe..






Kematian misteri pada setiap hari jumaat ...




Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. 

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am ... 

tiba-tiba...... 

Pintu bilik ICU itu terbuka.... 
Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci

yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. 

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus 

mencabut.... 

soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. 


vacuum cleanernya.... hahaha..




 Tandas di KLCC ...


Satu hari ketika baru saja tiba dari Kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya.

Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: Jangan menyampuk time orang bercakap... kuikuikui..

.:setiap kamu adalah pendakwah:.



Perkataan dakwah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud seru, ajak, jemput dan undang. Orang yang menyebarkan dakwah pula dikenali sebagai pendakwah atau dalam bahasa arab dikenali sebagai da’i. Maka, jelas kepada kita bahawa Dakwah Islamiah bermaksud Seruan Islam.

Selain itu, tabligh juga sama erti dengan dakwah yang bermaksud ‘menyampaikan’. Satu hadis nabi ada juga menyebut “ Sampaikanlah kepadaku walau sepotong ayat.” Orang yang bertugas untuk menyampaikan disebut sebagai mubaligh. Tabligh lebih banyak dikaitkan dengan gerakan dakwah yang dikendalikan oleh golongan pendakwah dari India yang juga dikenali sebagai kumpulan Jemaah Tabligh. Mereka menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia yang biasanya dilakukan secara lisan dan tulisan.

Hanya satu tujuan dakwah Islamiah iaitu seruan kepada islam. Dakwah Islamiah juga ditujukan kepada dua kelompok besar iaitu:

  1. Kelompok orang-orang yang sudah beriman tetapi masih belum sempurna Islam dan imannya.
  2. Kelompok orang-orang yang bukan Islam agar mereka memeluk Islam dan beriman.

Oleh itu, umat Islam haruslah bangkit dalam menyebarkan dakwah Islam disamping menghadapi ancaman fitnah-fitnah dari musuh-musuh Islam. Umat Islam perlu banyak membaca dan mendalami ilmu agama. Akibat kekurangan ilmu agama Islam, umat Islam bersikap tertutup dan ini menyuburkan penyakit berperasangka buruk terhadap penganut agama lain. Ada sesetengah ulama Islam yang terlalu berhati-hati dan berprasangka buruk terhadap agama-agama lain terutamanya agama Kristian. Mereka menanam perasaan benci dan sering mengelak untuk berbincang atau berdebat secara sihat dengan tokoh-tokoh agama Kristian. Malah, pernah suatu ketika ada ulama yang mengeluarkan fatwa bahawa Al-Quran tidak boleh dicetak, mikrofon dan pembesar suara dilarang untuk digunakan semasa khutbah atau melaungkan azan. Alasannya disebabkan peralatan tersebut dicipta oleh masyarakat barat yang dianggap sebagai “syaitan”. Nauzubillah..

Lihatlah betapa ruginya jika seseorang memiliki sikap sebegini sedangkan Rasulullah sendiri memiliki sikap toleransi dan bersangka baik terhadap orang bukan Islam. Hal ini dilakukan demi menarik mereka memeluk agama Islam. Salah satu peristiwa yang menggambarkan sikap toleransi Baginda ialah:

Suatu perutusan suku Kristian dari Najran menghadap kepada Baginda saw di Madinah untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam masalah keagamaan. Perbincangan itu diadakan di dalam masjid dan berjalan selama beberapa jam. Kemudian perutusan itu meminta izin meninggalkan masjid bagi mengadakan beberapa upacara kebaktian di suatu tempat yang tenang. Rasulullah bersabda bahawa mereka tidak perlu meninggalkan masjid yang memang merupakan tempat khusus untuk kebaktian kepada Tuhan dan mereka dapat melakukan ibadah mereka di dalam masjid.

Sikap keterbukaan Baginda saw yang telah mencairkan hati orang-orang kafir yang degil dan keras menjadi larut bersama Islam dan kecintaan Allah swt.

Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (Al-Hujurat:12)

Kesimpulannya, sebagai pendakwah kita perlulah bijak dalam mengaplikasikan method dakwah itu sebenar. Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah sifat sabar kerana selangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa kerana di tinggalkan kerana Allah, daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tidak sanggup selamanya terluka tapi ingatlah! Setiap titisan darah dari luka dan air mata itulah mahar kita ke syurga.. Bila ditanya, “kenapa berjuang itu pahit?” jawapannya, “kerana syurga itu manis..” Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan dijalanNya.. SALAM PERJUANGAN SAHABAT2!

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


              *beberapa rangkap lirik drpd lg ‘sunnah org berjuang’ (hijjaz)