Photobucket

Thursday, July 26, 2012

sakit belakang?? cuba 4 rawatan ini! ^^



Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.


Sakit belakang



Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.


Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)


Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;

1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang lembut dan selesa.

2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.

3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.

Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.

4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di samping dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang.

* tambahan: berbekam juga boleh mengurangkan sakit2 belakang! insya'allah ^^

Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah:


Senaman sakit belakang
Senaman sakit belakang 

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlulah mengamalkan postur yang betul setiap kali duduk, berdiri dan ketika mengangkat bebanan; kekalkan berat badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan osteoporosis.

sekian ^^


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/06/4-rawatan-mengurangkan-sakit-belakang.html#ixzz21jq7hkQO

No comments:

Post a Comment