Thursday, July 28, 2011

si comel~~ pus pus pus ^_-



Diceritakan pada suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Di suatu saat, semasa baginda hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang tidur diatas jubahnya. Untuk tidak mengganggu haiwan kesayangannya itu, baginda pun menolak perlahan-lahan tangan Mueeza dari jubahnya. Ketika baginda kembali ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk kepada baginda. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengulas secara lembut ke badan Mueeza. Setiap kali baginda menerima tetamu di rumah, baginda selalu memangku Mueeza Di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang baginda suka ialah, ia selalu mengiau ketika mendengar azan seolah-olah menyahut suara azan. Baginda juga berpesan kepada para sahabat agar menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini adalah sangat berat.Di dalam sebuah hadis shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri. Justeru, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa api neraka. ( Bagaimana pula kepada mereka yang membunuh kucing ? Sudah terang lagi bersuluh ) Baginda menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis bahkan diperbolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minuman kucing kerana dianggap suci. Kenapa Rasulullah SAW yang tidak boleh membaca berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? Keistimewaan Kucing: Kucing begitu manja dengan tuannya berbagai terlatahnya bagai kanak-kanak kecil bermain melompat bersembunyi lihat sahaja telatah gambar di sebelah akal nakal kan..hehehe...mata merenung tajam namun pada sudut hatinya mahu di berikan perhatian.... Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk mencegah unsur-unsur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dirinya dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing ditutupi dengan pelbagai ketulan kecil, ketulan ini mempunyai permukaan yang tidak rata seperti kikir atau gergaji. Ia sangat berguna untuk membersihkan kulitnya dari segala kotoran. Selain itu, cuba anda perhatikan ketika ia minum, tidak ada setitis air pun yang jatuh daripada lidahnya. Ia juga merupakan alat pembersih dimana permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. MasyaAllah begitu mulia akhalak Rasulullah biar pun terhadap binatang bahkan lagi bagitu luhur hati utusan Allah ini..Cuba kita renungkan sejenak kerna itulah ramai yang tertarik pada keseluruhan peribadi baginda..sedangkan binatang begitu sayang akan baginda lebih-lebih manusia yang di berikan akal fikiran untuk menilai setiap tutur kata dan suruhannya semua kearah kebaikan untuk umatnya yang paling baginda sayang.. wallahua'alam. 

sumber: perkongsian dr shbt fatin nabila

No comments:

Post a Comment