Photobucket

Wednesday, June 29, 2011

.::sejenak menghayati peristiwa perang tabuk::.



Bertali arus berita sampai ke Madinah mengenai persiapan Rom untuk membuat satu peperangan habis-habisan ke atas orang-orang Islam. Perasaan takut sentiasa menyelubungi kaum muslimin hinggakan terdengar sahaja suara ganjil maka disangkanya bunyi tapak kaki kuda tentera Rom.

Sebelum sesuatu tindakan diambil, Rasulullah membuat penelitian yang cermat terhadap suasana dan perkembangan umat Islam. Rasulullah akhirnya mengambil keputusan muktamad untuk menyerang pihak Rom walaupun keadaan umat Islam ketika itu diancam kesusahan dan kepahitan hidup disebabkan kemarau yang teruk melanda Madinah. Keputusan menyerang Rom di tempat mereka adalah bijak dan penuh hikmah, hingga dengan itu pihak Rom membatalkan niat mereka untuk menyerang Madinah.Apabila kaum muslimin mendengar suara seruan Rasulullah mengajak kepada peperangan melawan Rom,  maka serta merta mereka berlumba-lumba mematuhi perintah Baginda. Mereka segera bangun mempersiapkan diri dan tentera Islam secepat mungkin, seluruh qabilah dan kelompok-kelompok Arab berduyun-duyun turut ke Madinah dari segenap pelusuk dan penjuru.

Tidak seorang pun merelakan dirinya tersisih dan tertinggal kecuali golongan yang sakit di dalam hatinya, malah hinggakan golongan fakir dan miskin pun datang mengadap Rasulullah meminta supaya mereka pun dapat turut serta untuk melawan Rom.

Lalu Rasulullah bersabda:
"Aku tidak ada sesuatu yang boleh membawa kamu semua".

 Maka mereka beredar dari situ dengan muka berlinangan air mata, berdukacita kerana tidak dapat turut serta berperang dan tiada harta untuk menyumbang kepada peperangan.

"Dan tidak ada pula dosa atas orang-orang yang datang kepadamu Muhammad agar engkau memberikan kenderaan kepada mereka, lalu engkau berkata, "Aku tidak ada kenderaan untuk membawamu," lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana sedih, disebabkan mereka tidak memperolehi apa yang akan mereka infakkan (untuk ikut berperang)."

(At-Taubah : 92)

Di dalam perlumbaan kaum muslimin membiayai peperangan, Uthman bin Affan telah tampil ke hadapan dengan pakej yang tersendiri, satu kafilah unta sebanyak 200 ekor sarat dengan muatannya, 200 auqiyah makanan diserahkan kepada Rasulullah sebagai sedekah, malah beliau membawa 100 ekor unta yang lain, kemudian beliau membawa 1000 dinar dan kemudian dicurahnya ke dalam riba Rasulullah s.a.w. 


Rasulullah s.a.w segera menerimanya sambil bersabda: "Uthman tidak akan binasa selepas ini, lantaran apa yang beliau lakukan itu". 

Selepas itu beliau memberi lagi sedekah dan bersedekah lagi, hingga sedekahnya sahaja menjadi 900 ekor unta dan 100 ekor kuda, selain dari wang.

Abdul Rahman bin Auf pula telah membawa 200 Auqiyah perak sementara Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pula membawa kesemua harta miliknya tanpa meninggal apa-apa pun untuk keluarganya. Kesemua sekali hartanya 4000 dirham dan beliaulah orang pertama sekali yang menyerah hartanya kepada Rasulullah.


Rasulullah bersabda :"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta-bendamu kau korbankan, apa lagi yang kau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?"Lalu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq tersenyum lalu menjawab :"Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya."

Saiyidina Umar Al-Khattab pula membawa separuh dari hartanya, Al-Abbas membawa banyak sekali dari hartanya, Talhah dan Saad Ibnu Ubbadah dan Muhammad bin Maslamah, semua mereka membawa harta masing-masing. Asim bin 'Adi membawa 90 ekor unta yang sarat dengan muatan buah tamar.

Selepas itu datanglah orang beramai-ramai, masing-masing membawa kadar sedekah, ada yang banyak, ada yang sedikit, yang terkurang dari mereka dan ada juga yang membawa seraub atau dua raub buah tamar. Itulah yang termampu bagi mereka. Kaum wanita pula dengan cara mereka yang tersendiri dan unik, ada yang memberi kasturi, gelang, subang, cincin, malah ada yang memberi uncang wang.

Tak seorang pun yang bakhil kecuali golongan munafiqin yang mempermainkan golongan yang berbakti di kalangan orang yang beriman dengan sedekah-sedekah mereka. Mereka juga memperlekeh-lekehkan golongan yang miskin.

"(Orang-orang munafik) iaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang memperolehi (untuk disedekahkan)selain sekadar kesanggupannya, maka orang Munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas mereka dan mereka akan mendapat azab yang pedih."

(At-Taubah: 79)

Rasulullah s.a.w dan tenteranya kemudiannya bergerak ke arah utara menuju Tabuk. Oleh kerana angkatan tentera Islam kali ini terlalu ramai iaitu 30 000 orang askar bergerak ke medan perang, tentera-tentera Islam tidak dapat menyediakan tunggangan dan makanan yang mencukupi. 18 orang askar bergilir-gilir menunggang seekor unta yang sama malah mereka terpaksa memakan daun-daun kayu yang mengakibatkan bibir dan mulut mereka bengkak. Mereka terpaksa menyembelih beberapa ekor unta tunggangan mereka. Tentera-tentera Islam kali ini dinama sebagai Jaisy al-'Usrah (tentera kesusahan). 


Semasa dalam perjalanan, tentera Islam telah mengalami kekurangan bekalan air, lantas mereka mengadu hal ini kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya berdoa memohon dari Allah sesuatu kebaikan, doa Rasulullah telah direstui. Allah menghantar mendung yang sarat dengan bekalan air melintasi kawasan tentera Islam dan tidak berapa lama kemudian hujan yang lebat pun turun mencurah-curah. Dengan itu tentera Islam pun puas dengan hujan, malah masing-masing mengisi uncang air mereka dengan bekalan-bekalan air dari langit itu. 

Apabila tentera Islam menghampiri kawasan Tabuk, Rasulullah s.a.w sekali lagi berpesan kepada tenteranya bahawa : " Insya Allah pada esok hari kamu akan sampai di mata air Tabuk, kamu akan sampai hanya pada awal pagi hari selepas subuh, sesiapa yang sampai disitu sekali-kali jangan menyentuh airnya kecuali setelah aku sampai ke situ." Kata Muaz bin Jabal: "Apabila kami sampai di mata air itu, rupanya sudah ada dua orang telah mendahului ke tempat berkenaan. Jeram airnya sedang mengalir, sedikit airnya. Rasulullah pun bertanya: "Apakah kamu berdua sudah menyentuh sesuatu dari airnya?" Jawab mereka berdua: Ya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w pun menegur telatah mereka yang melanggar perintah Rasulullah, kemudian Baginda meraub air dari kolam mata air sedikit demi sedikit, akhirnya air pun terkumpullah di kolam itu lebih banyak lagi, dan darinya Rasulullah s.a.w membasuh muka dan kedua-dua tangan yang mulia itu. Baginda melakukan cara ini beberapa kali, dengan itu mata air itu pun menerbitkan air yang banyak, justeru orang ramai pun mengambil air darinya. 

Semasa itu juga Rasulullah pun berkata:"Wahai Muaz sekiranya kau dipanjangkan usia, akan kau saksikan di kawasan ini akan penuh dengan kebun-kebun."

Sebaik sahaja tentera Islam sampai di Tabuk, mereka terus berkhemah di situ, mereka bersiap-siaga untuk berhadapan dengan musuh. Rasulullah s.a.w bangun membuat satu ucapan sulungnya di situ, satu ucapan yang amat bernilai. Baginda menggesa untuk kebaikan dunia dan akhirat, memberi nasihat dan peringatan, sekaligus menyemarakkan jiwa ketahanan di kalangan tentera Islam, kesemuanya dapat mengganti kekurangan makanan dan bekalan yang sememangnya dialami oleh tentera Islam. Di pihak lawan pula, tentera Rom dan sekutunya mendapat tahu mengenai kemaraan tentera Islam. Mereka mula takut untuk bertembung dengan tentera Islam. Di Tabuk, pemerintah Ailah Yuhanna (John) telah datang menemui Rasulullah, tujuannya untuk berdamai dengan Baginda. Rasulullah s.a.w pun menerima permintaan pemerintah Rom itu. Sebagai tanda berdamai, beliau terus membayar jizyah. Dengan penuh kejayaan dan pertolongan Allah, tentera Islam bergerak pulang ke Madinah tanpa mengalami sebarang tentangan musuh. Demikianlah kehendak Allah.Keberangkatan keluar Rasulullah dari Madinah berlaku pada bulan Rejab dan kembali semula pada bulan Ramadhan yang memakan masa selama 50 hari. 20 hari Baginda tinggal di Tabuk, selebihnya adalah masa perjalanan pergi dan pulang. Tabuk merupakan peperangan terakhir Baginda turut serta. 

3 golongan yang tidak turut serta dalam perang Tabuk :

Golongan pertama adalah 3 orang mukmin iaitu Ka'ab bin Malik, Mararah bin al-Rabi' dan Hilal bin Umaiyah  tidak turut serta dalam perang Tabuk walaupun beliau berkemampuan.


Mereka mengakui kesilapan itu dengan tidak mengemukakan apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasulullah sekembalinya tentera dari perang itu dan hanya mengaku bersalah dengan jujur. Mereka dihukum dipulaukan oleh Allah swt sehingga Allah swt menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu Subuh selepas berlalu malam yang ke-50.
Dalam tempoh pemulauan yang tidak diketahui hujungnya itu, Ka’ab menanggung beban dugaan yang sungguh besar. Antaranya:

1) Orang-orang mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dengan mereka, hatta menjawab salamnya sekali pun.
2) Isteri-isteri mereka diasingkan daripada mereka bermula dari malam yg ke-40.
3) Raja Ghassan cuba untuk menghasut Ka’ab menyertai mereka serta dijanjikan dengan habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.
4) Cubaan untuk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum untuk tempoh yang tidak pasti (boleh jadi pemulauan sehingga akhir hayat mereka)


Pemulauan ini diangkat oleh Allah dengan turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Ka’ab untuk memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

"Dan terhadap 3 orang yang ditinggalkan. Hingga ketika bumi terasa sempit bagi mereka, pada hal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah terasa sempit, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari siksaan Allah, melainkan kepadaNya lah saja, kemudian Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."
(At-Taubah : 118)

Golongan kedua adalah golongan munafiqin. Mereka telah mengemukakan pelbagai alasan untuk melepaskan diri. Rasulullah saw tetap menerima alasan mereka walaupun tahu tentang kemunafiqan mereka. 

" Dan apabila diturunkan sesuatu surah yang memerintahkan orang-orang munafiq, "Berimanlah kepada Allah dan berjihadlah bersama RasulNya," niscaya orang-orang kaya dan berpengaruh di antara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak berjihad) dan mereka berkata, "Biarkanlah kami berada bersama-sama orang yang duduk (tinggal di rumah)."
(At-Taubah : 86)

Golongan ketiga adalah golongan yang benar-benar uzur dan terlepas daripada menyertai perang ini.

"Tidak ada dosa (kerana tidak pergi berperang) ke atas orang-orang yang lemah, atas orang-orang yang sakit dan atas orang yang tidak memperolehi sesuatu yang akan mereka infakkan, apabila mereka. berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada alasan pun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang ".
(At-Taubah : 91) 


Sedikit sedutan peristiwa Tabuk dapat dicoretkan di sini. Moga sama-sama memperoleh manfaat daripada peristiwa ini. Sama ada yang baik mahupun yang buruk, jadikanlah ia suatu pengajaran buat kita. Moga-moga tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah bertambah-tambah.  Marilah  sama-sama kita menghayati kisah-kisah nabi dan para sahabat. Mereka sangat mencintai Allah, mencintai Rasul, mencintai akhirat. Selamilah kisah kezuhudan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, Saiyidina Umar Al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan, Abdullah bin Mas'ud., Abu Zar Ghifari, Abu Darda, Muaz bin Jabal, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. Mereka benar-benar menjual dunia untuk membeli akhirat.   


Wallahua'lam.  

sumber:sheluvallah

Tuesday, March 1, 2011

lagu air mataQu ..huhu..


Lagu ini mengingatkan ana peristiwa pada 27 Februari 2011, sebuah tragedi telah berlaku kepada seorang insan yang cukup bermakna dalam hidupku. Sebuah musibah telah menimpa dirinya.. ana sebagai teman tidak mampu untuk melakukan apa-apa melainkan hanya mampu berdoa supaya dia cepat sembuh. Pada pukul 9.27 p.m, ana telah dikejutkan sebuah berita daripada seorang rakannya bahawa dia telah kemalangan jalan raya. Ana hanya mampu menitiskan airmata dan terus berdoa agar dia tidak menghadapi kecederaan yang kronik. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya kaki kanannya sahaja yang retak sedikit. Kubesyukur kepadaMu tuhan kerana telah menyelamatkan insan istimewa ini~~ (^_^)Y

Password Doa kita ape ye??


Allah swt telah menjanjikan barangsiapa yang berdoa kepadaNya pasti diperkenaan. Ini selaras dengan firman Allah yang maksudnya "Serulah kepadaKu nescaya Aku perkenankan".

Semalam ana tengok rancangan HALAQAH dekat tv9. sronok bila dengar ustaz tu ceramah pasal “password doa”. Ana sungguh tertarik dengan setiap pengisian yang beliau sampaikan. Ianya cukup bermanfaat untuk kita semua. Salah satu yang ana nak kongsi dekat sini ialah sedikit sebanyak tentang pengisian beliau. Sebenarnya, password doa kita ialah, 
[Y 2 K + ADAB-ADAB] mesti kalian tertanya-tanyakan apakah itu? Secara ringkasnya, ia bermaksud:

1-      YAKIN Allah akan memakbulkan doa kita.
2-     KHUSYUK dalam berdoa serta faham makna doa-doa tersebut.
3-     ADAB-ADAB BERDOA:
·        Betul-betul dalam keadaan berharap.
·        Suara tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
·        Menghadap kiblat.
·        Dalam keadaan berwudhu.
·        Selawat ke atas rasulullah s.a.w di permulaan dan penutup doa.
 
Sebaik-baik doa adalah doa daripada Al-Quran dan hadis-hadis nabi. Salah satu contoh doa yang terbaik dari Al-Quran ialah:

Surah Ibrahim ayat 40:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Ana juga pernah terbaca kisah Nabi Zakaria yang pada mulanya tidak mempunyai anak kerana isterinya mandul. Kemudian Nabi Zakaria memohon kepada Allah supaya menganugerahkan zuriat. Setelah 100 tahun lebih, barulah Allah memakbulkan doanya dengan menjanjikan kelahiran seorang putera yang bernama Yahya.

Kesimpulannya, jangan jemu berdoa sungguhpun doa kita tidak dimakbulkan. Sebaliknya, bersangka baiklah kepada Dia kerana Dialah Maha memperkenankan doa hamba-hambaNya. Ingatlah, mungkin kita soleh hari ini disebabkan doa atok dan nenek moyang kita yang terdahulu.. Wallahua'alam..  ^_^






Saturday, February 26, 2011

- Kuyakin Berlaku -




Lirik Lagu Ku Yakin Berlaku

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini



* syok gle lgu ney.. aq ske sgt2!  (^_-)

Friday, February 25, 2011

apa kaitan sejadah dgn saf??? adoyai.


Sajadah yang membentuk kotak-kotak. Seolah-olah satu kotak untuk satu orang. Padahal ukuran 2 kotak sajadah itu muat untuk 3 orang. Jadi boleh dibayangkan akibatnya jika satu kotak masing-masing dari jama’ah hanya mau menepati satu kotak, bukan 2 kotak untuk 3 orang.
Akibatnya, banyak celah-celah yang renggang atau tidak rapat antara barisan/saf tersebut.
Padahal Rasulullah pernah bersabda’ :

Rasulullah bersabda:
أَقِيْمُوْا الصُّفُوْفَ وَ حَاذُوْا بَيْنَ المَنَاكِبِ وَ سُدُّوْا الخَلَلَ ولِيْنُوْا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلاَتَذَرُوْا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ, وَ مَنْ وَصَّلَ صَفًّا وَصَّلَهُ الله وَ مَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ الله
“Luruskanlah shaf-shaf kalian, jadikanlah sejajar diantara bahu-bahu kalian, tutuplah celah yang kosong, bersikap lunaklah terhadap tangan saudara-saudara kalian dan jangan kalian meninggalkan sedikitpun celah-celah bagi syaithan. Barang siapa yang menyambung shaf maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan shaf maka Allah akan memutuskannya.” (HR Abu Dawud no.666 dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani)
Rasulullah bersabda:
سَوُّوا صُفُوْفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوْفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ
“Luruskan shaf-shaf kalian, karena meluruskan shaf termasuk bagian dari mendirikan shalat.” (H.R Al Bukhari)
Mudah sahaja membetulkan saf. Buku lali kita selari (sebaris) dengan jemaah disebelah kita. Bahu bertemu bahu, kaki menyentuh kaki. (lelaki) Seperti dalam gambar di bawah.


Saya berpendapat ramai dalam kalangan kita tiak cukup ilmu berkenaan dengan solat. Sebab itu hal yang mudah seperti merapat dan meluruskan saf pun sukar hendak dilaksanakan. Tambah buruk apabila ada pakcik atau makcik yang berdegil dan tunjuk pandai tidak mahu betulkan saf. Dimarah pula kepada yang menegur mereka...Astaghfirullah...

Tambah sedih apabila solat dilakukan selepas ceramah disampaikan oleh penceramah. Topik ceramah sangat hebat, berkenaan kesatuan umat Islam! Penceramah menerangkan perlunya umat Islam bangkit dan bersatu padu menentang musuh Islam. Cukup Hebat! Tapi bagaimana umat Islam mahu bersatu hati. Saf dalam solat berjemaah pun bengkok-bengkok dan renggang! Sungguh memalukan.


Apa yang seringkali saya lihat, sudahlah kaki tak rapat, bahu juga jauh tidak bersentuhan dengan orang disebelah. Malah ada ketikanya ruang kosong yang ditinggalkan muat diisi oleh seorang lagi jemaah!

"Ape hal nak rapat-rapat sangat ni??!!!" antara ayat yang pernah dilontarkan kepada seorang insan yang cuba merapatkan saf.

Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Solat juga melatih umat Islam supaya berdisiplin. Tapi adakah kualiti solat yang sebegini mampu menjadikan kita terhindar daripada kemungkaran?


Salah Siapa?
Kita tidak boleh serta merta menyalahkan yang membuat Sajadah. Walaupun secara tidak langsung mereka turut andil dalam pengkotak-kotakan saf solat tersebut. Yang harus dilakukan adalah semakin menyadarkan umat akan wajibnya merapatakan barisan shaf dalam sholat tanpa melihat lagi sajadah yang berkotak-kotak.
Memang agak berat, namun kita boleh memulainya dari diri kita, mengingatkan keluarga, kerabat, teman, lingkungan kerja dan sekitarnya. Bahkan jika kita berstatus sebagai da’i, maka kita wajib mengingatkan jama’ah kita akan wajibnya merapatkan saf dalam solat.Wallahu A’lam bis-sowab.

Wednesday, February 23, 2011

Nabi s.a.w baring atas riba isterinya ..


Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid.

-artikel iluvislam.com-